Driven by Nuffnang

2010-02-22

Cerita Jualan Cupcake and Muffins di karnival WOW Putrajaya

Posted by Fira Tirona at 1:11 PM
Reactions: 
Oh Ma God!


Dah 2 hari..Eh, 3 hari tak update blog. Macam mana la nk update dek non, Akak and sepupu sibuk berniaga kat Karnival WoW Putrajaya Sabtu and Ahad lepas. Walaupun tak hujan, walaupun langit sangat biru (hati haru-biru tatkala menjual cupcake and muffins takot2 tak laku), walaupun banyak artis2 yang lalu depan booth kami (tapi tak stop beli pun *nada hampa*), mak aihhhh!!!. The cuaca was so PANAS i tell you!. Walaupun tak dapat tengok concert malam pertama karnival (hati sebenarnya berkobar2 nak tengok Abang Jamal, Abang M.Nasir, Aizat dan artis2 lain perform), walaupun tak dapat merayap-rayap kat area karnival tu and walaupun dalam masa yang sama dok memikirkan abstract yang perlu dibuat untuk di-submitkan pada Prof hari Rabu ni (ok, bab ni lagi haru-biru), cupcakes and muffins kami dapat juga dijual.


See, the sky was SO blue.


Terima kasih pada yang membeli, terima kasih pada yang datang ker booth (special thanks to my kekasih hati,Ina, Bob,Din, and En Nadzreen) kami untuk bagi support. Kami masih baru dalam arena perniagaan,masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi yang pasti, banyak pengalaman yang we all dapat dalam masa 2 hari tu. Ditemani pula dengan parentsku yang sangat supportive and juga anak-anak buah i yang masih belum cecah 5 and 6 tahun. Budak-budak ni siap tolong bagi flyers kat pengunjung yang lalu depan booth kami. Berkat kesungguhan and kecomelan dio orang ni gak la ada orang yang sudi jenguk and minta info lebih pasal D'Taste. Tapi, agak-agak budak-budak ni rasa bosan, depa letak balik flyer, pegi main plak kat "playground kecik" depan booth. Biasa la kan budak2.So, sebagai reward, i treated them with KFC. Happy sangat budak2 tu.


the kids helping out


fresh muffins and cupcakes


owner making her cupcakes looking colorful


flyers and biz cards


the product in packs


yours truly, (ya ampun, muka gelap gila please sebab cuaca sgt terik,nyesal tak pakai sunblock)



Yang penting pengalaman yang ditimba. Mudah-mudahan D'Taste akan berkembang dalam masa akan datang. AMIN! :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Ramblings and Thoughts of An Urban Yuppie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare