Driven by Nuffnang

2011-06-23

Sacrifice

Posted by Fira Tirona at 10:45 AM 0 comments
aku tak faham bila my own family tak faham what it feels like to withdraw from a running event. Yes, i decided to sacrifice my time and all to withdraw for my next 21km event due to family probs. Kerana FAMILY gak aku sanggup sacrifice untuk tak lari in this Sunday's event. Diorang cakap aku memperbesarkan benda yang kecik. Yelah, korang tak training sampai nak demam memang la korang tak tau how it feels like to withdraw from something. Dah la kena prepare untuk oral presentation untuk conference next week. Plan aku semua dah jadi kelam kabut sebab kena bantu family. OK ar, nak pegi jumpa Prof plak. harap2 tak banyak masalah sebab seadanya otak dah serabut

2011-06-08

Yang Sebenarnya

Posted by Fira Tirona at 11:08 PM 1 comments
Heh. 

Eh hai.

Rasanya macam dah sebulan lebih tak merajinkan diri update blog. Nak kata takde cerita. Rasanya banyak je kot. Cerita pasal study, cinta, lari, frust tertonggeng semua ada la. YANG SEBENARNYA, bukan tak nak update, cuma takde mood la *alasan*. haha. So since malam ni agak free untuk update ape yang terjadi dan bakal terjadi sepanjang sebulan aku buat tak tau kat kewujudan blog ni aku. Baca blog orang sangat la rajin tapi blog sendiri dibiarkan bosan.

So anyway, YANG SEBENARNYA, malam ni sepatutnya siap kan powerpoint presentation thesis untuk supervisory committee meeting dan untuk conference presentation untuk MASO hujung bulan ni tapi macam agak malas. Nak kata tak start buat, dah 80% complete. Cuma tinggal part discussion and part2 edit-mengedit je. Tapi takpe esok boleh sambung buat balik. Thesis aku alhamdulillah, so far ok. Supervisor2 tengah check. So harap2 takde la masalah sangat lagi. Penat beb nak writing ni. Kekadang melangok depan laptop ni berjam-jam pun tak mungkin boleh dapat 1 page of write up yang berkualiti. Belakang citer, bila dah ketandusan idea and bosan, mula la layan fb and dok surf internet jer. Paper untuk publish pun dah accepted cuma editor soh buat some corrections here and there. Tu pun tak betulkan lagi sebab nak siapkan power point presentation dulu. Aku ni jenis yang tak boleh multi-task sangat. Nanti otak macam berserabut. Tapi macam mana pun, by end of the day benda2 ni semua kena settle before the dateline, Insya-Allah. Tu citer pasal academic.

Cerita cinta? Hmm, biasala ada ups and downs. Tapi bulan lepas memang down habislah siap frust menonggeng la. Tapi setelah berbincang, timbang tara. Rasa-rasanya aku dah dapat jawapan yang pasti. Mudah-mudahan lepas ni semuanya akan baik2 sahaja. AMIN. Ok, cerita ni aku save the best for last. Sekian. Haha

Activity running aku so far ok. Last month aku ngn geng Chap Ayam join event running kat Hatyai. Aku lari 13km je. Tak mentally strong and fit enough untuk lari full marathon. Trip sangat best la sampai aku lupa objective pegi sana adalah untuk berlari. So terasa seperti lupa diri sikit masa kat sana. Performance haritu pun macam hampeh je. Tak focus langsung. Sangat bengong. Patutnya dah pegi oversea tu, try la buat personal best, tapi hampeh. But its ok, I enjoyed my running trip. Harap2 adalah lagi trip2 macam ni. Memang enjoy la ;). Next event plak SCKLM. Aku register half marathon. Harap2 boleh perform better then energizer nite run few months back. Tinggal 2 minggu je lagi. So training session pun harus la lebih sikit. Ni pun lately ni banyak training sendiri. Dulu rajin gak turun shah alam training ngn geng2 shah alam. Bukan tak nak pegi, kekadang ada je benda yang menghalang aku pegi ke sana. Takpelah, janji training sendiri dari tak training langsung and since dah masuk gym, dapat gak la training ngn PT yang ada kat sana. Lepas SCKLM plak, aku akan ke Ipoh untuk event Ipoh International Run (10km). Register RM10 je. ok la kot, pastu end of july plak aku join event PD International Triathlon. Team Relay. Macam hebat sangat la kan aku ni. Tapi YANG SEBENARNYA nak experience benda2 ni. Dah minat kan. Nasib baik la takde beskal sendiri. Kalau tak confirm aku register as solo tapi masuk sprint je la. *angan2*. Adoi, sejak masuk running2. Byk betul duit aku belanja. Keje takde, tapi duit keluar banyak. Pengsan la macam ni. Now pun dah start swimming. Mak aku pun dah bising2 soh aku slow down sikit. Tapi seriously, memang pakai duit banyak. Lepas ni event2 tertentu je aku akn register. No more membabi-buta register tu sebab by end of the day aku gak yang sengkek. Aku ingat lagi dulu yang running ni is cheap. Tapi tidak sama skali. Bila dah start lari, nak plak beli kasut yang best, baju yang striking. Yela, berlari pun nak gak macam diva kan. Haih, macam2 la. Lari tak laju mana pun gaya je lebih. Haha :p. Dah minat kan :D. So moral of the story. Untuk mendapatkan financial status yang kukuh. CEPAT LA CARI KEJE. Hm, keje pun susah nak dapat. Mintak keje kat college lama pun tak dapat. Sedih doh. Hmm.. nasib :(

YANG SEBENARNYA, ada lagi benda nak aku blog. Nak cerita pasal the people i met since i started running. Setiap individu yang aku kenal sepanjang perjalanan aku dalam dunia running, semuanya unique and interesting in their own ways. Secara tak langsung membuka mata aku pada banyak persoalan dan perspektif dalam kehidupan ini. Haha. Jeng3!. Will definitely blog about it soon enough sebabnya mata pun macam dah mengantuk and esok kena bangun awal untuk pegi training. Babai!


Related Posts with Thumbnails
 

Ramblings and Thoughts of An Urban Yuppie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare