Driven by Nuffnang

2011-03-20

suka duka

Posted by Fira Tirona at 5:26 PM
Reactions: 
1 comments
SUKA

Dapat finishers medal masa KEC Unity Run pagi tadi. Rasanya macam dapat top 20 (kot). 7km in 42 minutes walaupun berlari dengan keadaan quads yang tak mengizin kan. Tertarik2 muscle (part tu tak berapa suka)
Dapat  makan sedap harini. Breakfast yang terbaek kat CHONG KOK KOPITIAM kat Klang. 
Belasah makan mushroom swiss kat kat BK tengah hari tadi.


DUKA

Kawan mungkin boleh makan kawan. We might never know what their intentions are

Kena rehab dari lari for few days kot. Quads muscles sakit betul. Perlu tuam dengan ais. Mungkin juga kena pegi swimming untuk kekalkan stamina since rasanya memang macam tak akan berlari untuk beberapa hari. Secret training yang lain perlu stop kejap kot. Ceh, secret la sangat :p. Tapi ENR tak lama lagi. Boleh ke ni?
 

2011-03-17

yang terjadi semalam dan harini

Posted by Fira Tirona at 11:56 PM
Reactions: 
3 comments
Macam biasa, sehari sebelum nak jumpa supervisor memang la kecut perut, goyang lutut. 5 malam i bertapa  dalam bilik sebab nak siapkan discussion thesis. tapi hasilnya takde la sampai berpuluh2 page tapi jenuh sebab i have to meticulously read each printed journal in order to write chapter 5. sampai naik juling mata pandang screen laptop and printed journal articles tu. *ayat nak gak dramatic kan?*.Although semalam tak sepatutnya keluar pegi mana-mana pun, tapi i memang tekad nak siapkan apa yang patut untuk "dihidangkan" pada yang bijaksana. Tapi kaki memang gatal nak keluar berlari. Maklumlah, dah sebulan lebih tak training betul-betul. Main2 je. Pegi training pun seminggu sekali. So memang semalam memang bersemangat gila nak lari. Sanggup turun pegi training session walaupun masih tinggal sipi-sipi thesis yang perlu disiapkan. Tapi hati memang puas la. tapi tak berapa puas la sebenarnya sebabnya bila lari terasa macam berat. terasa kembang macam kentang. tu la akibatnya bertapa didalam bilik untuk buat thesis. exercise memang confirm kurang. makan rasanya mcm biasa. mungkin sebab stress yang menyebabkan hormon cortisol meningkat dalam badan yang membuatkan metabolisme badan berkurangan. tak caya? pegi google :p. So lepas ni perlu happy selalu. Supaya metabolisme badan tidak terganggu dengan kehadiran hormon cortisol yang melampau. tapi dah diet balik selama seminggu lebih ni ada la hasilnya sikit. perlu teruskan usaha!. Energizer nite run tak sampai sebulan lagi maaa. dah ler register masuk 21km punya. hahaha.


tu cerita semalam la kan.


I reached uni early. my meeting with the SV was at 10am. Went up 5 minutes late sebab saje la kan nak tunjuk macam rebel sikit. Meeting habis around 11.30am. borak2 sampai sejam, check keje aku setengah jam je. SV i ni memang sangat suka borak2. layankan je la. Pastu tetiba kluar plak citer pasal Facebook


Dr: my undergrad students seems to not understand the subject that i teach. i dont know what seems to be the problem. those who failed i suruh diorang datang jumpa i tau

Cik Fira: pAstu dr tanya ape kat diorang *dengan nada kepochinya*

Dr: I asked them "how long do u spend on the internet esp on FB?" and and they told me that they only spend 2 hours in a day. pastu ada lagi dia citer. tapi cam panjang la plak kan. so yada yada yada.

Cik Fira: u know what? i penah tau deactivate my fb for like 1 week and i buat keje agak cepat la. i think u should tell your students to do that as well especially nak dekat exam

Dr: Yaya, good idea. *ceh, konon macam bangga la kan idea yang baik diterima SV*. I think you should do the same too la Fira for a least a month to put full concentration on your final work.

*terkedu sekejap*. hahaha. haaa! tuu diaaaa!.padan muka. sape suruh pandai2 bagi idea cenggitu. ha, amik kau fira. bukan setakat seminggu kena suruh deactivate tapi SEBULAN. MOLEK SGT!

tu cerita tengahari tadi, petang tadi plak pegi meeting ngan sorang gym owner ni. dia mintak i buat talk pasal healthy eating. mak aiii... task besar tu. tapi insya-Allah boleh buat. Date dah set. so kena prepare ape yang patut je. Lepas meeting tu sempat la gak lari geli2 kejap lepas hujan benti.

Tadi, pegi dinner ngan gang2 lari. pegi makan ketam kat fatty crab. belanja our friend for his belated birthday.was my 1st time there. since dia dah banyak kali hint nak makan fatty crab ni, so all of us decided to have dinner sama-sama kat sana. dah kenyang makan, pastu si bday boy terlajak belanja plak kitorang makan durian yang belanja dia makan ketam. makan durian sorang sikit sebab masing2 terasa nak makan. yang penting semua enjoy semua happy.

alamak, batt laptop dah nak kong plak. till next post yall!. esok nak kena bangun pagi sebab nak pegi berlari. harap2 cuaca OK ;)

2011-03-10

sleepless nights

Posted by Fira Tirona at 6:21 PM
Reactions: 
1 comments
note: 
saya tak merokok dan tak berapa suka minum kopi sebab kadang-kadang kopi buat saya mengantuk. haha


Another round of sleepless nights resumes today as i got THE CALL from my Supervisor's PA earlier today stating that HE WANTED to see me next week with my final chapter. Goyang lutut babe!. Ni pun baru habis betulkan results chapter. Nasib baik la final chapter tu ada la hasil dia sikit masa buat paper to publish haritu so apa yang ada dulu boleh la nak masukkan dalam draft thesis. Tapi serious goyang lutut. Puas dah nangis sebab rasa stress tahap dewa punya. Siap message Jason (rakan seperjuangan under SV yang sama) ngadu nasib. Thank god that Jason was really supportive. Bagus student PhD ni, optimistic sentiasa walaupun dia sendiri stress sebab sampai sekarang tak start buat data collection lagi. Anyway, after reading all his messages i felt calm sebab fikir balik tinggal last chapter je kan? U CAN DO IT FIRA!. Thanks jason for making me feel sane again. Haha. *dramatic*. Haih, kalau buat PhD tak tau la kan. Mmg tobat tak nak buat la kot research2 ni? Hmm, cakap je kan? Kekadang dalam hidup ni yang kita tak nak tu la yang kita akan buat yer tak?. Ok ok, cerita pasal nk buat PhD sangat tak relevent  buat masa ni. 

Disebabkan ini gak, i akan puasa FB kejap. Takde la sampai nak de-activate account sebab kekadang bila kawan2 post info on running ke ape kang tak tahu benda plak. Puasa FB tu maknanya adalah refrain diri dari  kusyuk skodeng page kawan2 sampai leka tak buat keje *kantoi disitu* hahah. So yea, i will stil get notifications on whatever is happening on fb thru my blackberry. So ok, nak meluahkan perasaan je sebenarnya. kalau citer kat my parents confirm la kena lecture and sgt tak sanggup nak dengar. 


Baiklah! Nak sambung menaip. Tapi kejap lagi la sambung. Rasa lapar plak. BYE!


2011-03-07

From a far

Posted by Fira Tirona at 8:36 PM
Reactions: 
0 comments
I'm looking at you from a far right now

And there will be a chance that you will just drift away one day

Forgetting and leaving everything behind


2011-03-02

Kacau Bilau

Posted by Fira Tirona at 10:16 AM
Reactions: 
0 comments
Rasa macam kacau-bilau sikit perasaan tu minggu ni. Banyak je benda yang rasa tak kena. Semalam pegi stadium sebab nak tukar angin, tukar environment untuk training. Pegi tempat baru, orang tak kepochi and bothered sangat with what with do. Paling kuat pun diorang akan bisik2 among themselves nak tau sape kita. Tak kisah la tu. Sampai stadium semalam pun around 5.40pm. Thanks la d1 sebab sudi bagi i ikut u pegi training kat stadium tu. Tapi bila sampai je, terus rasa macam tak nak lari tapi nak tengok orang berlari and observe orang training je. Hahah. Yelakan, kat stadium tu semua pun ala athlete. Sape la i ni kan compared to them. Anyway, lari la gak kat track tu dalam 5 round and at the same time buat sikit core and leg exercises. Pastu dapat la gak buat speed run kejap dalam 100m like that and akibatnya quadriceps muscle belah kanan ku (front of leg, above the knee) terasa sakitnya. Ha padan muka, sape la suruh buat aksi memecut tu?. Bila berjalan terasa the pull. Tak tau la kalau petang karang boleh buat ke tak tempo run masa training session nanti. Hmm, belasah je la kot.

Tu satu hal la, yang buat jiwa kacau bilau ni pun sebab hari2 mengadap thesis sampai rasa nak muntah. kekadang boleh mengadap tapi tak buat ape2 pun. Kekadang baca satu paragraph pun boleh sampai setengah hari gone. Focus tu dah hilang. Mungkin sebab dah terlalu lama buat Masters ni sampaikan nak pegi fakulti pun segan.Yelah ibarat hidup segan mati tak mahu. Tapi macam mana pun KENA habis kan gak. 

Pagi tadi je dah ada orang buat i panas hati dengan statement yang mamat ni lontarkan padaku kat YM . Dah la bagi comment kat FB aku yang aku rasa menguji kesabaran i gak la. Tolong la jangan poyos sangat boleh tak. I memang respect you sebagai orang yang lebih tua dari i but please la don't use age as a medium to say whatever you want. There are certain things are best left unspoken. Tak perlu berlagak macam you know it all. Baik diam2 je. Bak kata orang2 tua. "diam-diam ubi berisi". Kalau yer pun nak share knowledge ada cara dia. Tapi tolong la jangan BRAG. Sikit2 boleh la tapi kalau dah slalu2 tu jemu plak aku nak mendengar.

Kawan-kawan rapai I sekarang ramai dah kawin. Ramai yang bz prepare nak kawin and ada gak baru je nak masuk alam percintaan yang baru. Tetiba i rasa i lost them already. Tetiba semua macam senyap je and tetiba dari tiap2 malam ada kat YM tunggu masing2 nak online, sekarang kalau online pun appear INVI je. *yelakan, nak chatting ngan orang tersayang je kan, tak nk diganggu*. Dan tetiba i tersedar yang umur makin meningkat dan rakan2 rapat i yang lain yang kurang outgoing dari i ni dah bz untuk cari pasangan hidup. Aku ni nama je ada pasangan tapi still tak jadi ape2. Mungkin jodoh tak sampai lagi. Takpela, i'll just wait patiently. Sementara masih tak terikat lagi, baik la i do things that i love and enjoy and be around people who shares the same interests that i have and also spend more time with my family. Tu je la yang i rasa paling afdal buat masa sekarang ni.

Jap lagi ada lunch ngan bakal pengantin. Macam bachelorette party la tapi si baka pengantin ni nak lain sikit. Dia nak picnic lunch. Maklumla kan kat area UPM ni banyak tempat2 picnic yang best (tapi lupa plak nk bawak camera). So follow je la request dia. Janji semua happy.


Related Posts with Thumbnails
 

Ramblings and Thoughts of An Urban Yuppie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare