Macam biasa, sehari sebelum nak jumpa supervisor memang la kecut perut, goyang lutut. 5 malam i bertapa dalam bilik sebab nak siapkan discussion thesis. tapi hasilnya takde la sampai berpuluh2 page tapi jenuh sebab i have to meticulously read each printed journal in order to write chapter 5. sampai naik juling mata pandang screen laptop and printed journal articles tu. *ayat nak gak dramatic kan?*.Although semalam tak sepatutnya keluar pegi mana-mana pun, tapi i memang tekad nak siapkan apa yang patut untuk "dihidangkan" pada yang bijaksana. Tapi kaki memang gatal nak keluar berlari. Maklumlah, dah sebulan lebih tak training betul-betul. Main2 je. Pegi training pun seminggu sekali. So memang semalam memang bersemangat gila nak lari. Sanggup turun pegi training session walaupun masih tinggal sipi-sipi thesis yang perlu disiapkan. Tapi hati memang puas la. tapi tak berapa puas la sebenarnya sebabnya bila lari terasa macam berat. terasa kembang macam kentang. tu la akibatnya bertapa didalam bilik untuk buat thesis. exercise memang confirm kurang. makan rasanya mcm biasa. mungkin sebab stress yang menyebabkan hormon cortisol meningkat dalam badan yang membuatkan metabolisme badan berkurangan. tak caya? pegi google :p. So lepas ni perlu happy selalu. Supaya metabolisme badan tidak terganggu dengan kehadiran hormon cortisol yang melampau. tapi dah diet balik selama seminggu lebih ni ada la hasilnya sikit. perlu teruskan usaha!. Energizer nite run tak sampai sebulan lagi maaa. dah ler register masuk 21km punya. hahaha.
tu cerita semalam la kan.
I reached uni early. my meeting with the SV was at 10am. Went up 5 minutes late sebab saje la kan nak tunjuk macam rebel sikit. Meeting habis around 11.30am. borak2 sampai sejam, check keje aku setengah jam je. SV i ni memang sangat suka borak2. layankan je la. Pastu tetiba kluar plak citer pasal Facebook
Dr: my undergrad students seems to not understand the subject that i teach. i dont know what seems to be the problem. those who failed i suruh diorang datang jumpa i tau
Cik Fira: pAstu dr tanya ape kat diorang *dengan nada kepochinya*
Dr: I asked them "how long do u spend on the internet esp on FB?" and and they told me that they only spend 2 hours in a day. pastu ada lagi dia citer. tapi cam panjang la plak kan. so yada yada yada.
Cik Fira: u know what? i penah tau deactivate my fb for like 1 week and i buat keje agak cepat la. i think u should tell your students to do that as well especially nak dekat exam
Dr: Yaya, good idea. *ceh, konon macam bangga la kan idea yang baik diterima SV*. I think you should do the same too la Fira for a least a month to put full concentration on your final work.
*terkedu sekejap*. hahaha. haaa! tuu diaaaa!.padan muka. sape suruh pandai2 bagi idea cenggitu. ha, amik kau fira. bukan setakat seminggu kena suruh deactivate tapi SEBULAN. MOLEK SGT!
tu cerita tengahari tadi, petang tadi plak pegi meeting ngan sorang gym owner ni. dia mintak i buat talk pasal healthy eating. mak aiii... task besar tu. tapi insya-Allah boleh buat. Date dah set. so kena prepare ape yang patut je. Lepas meeting tu sempat la gak lari geli2 kejap lepas hujan benti.
Tadi, pegi dinner ngan gang2 lari. pegi makan ketam kat fatty crab. belanja our friend for his belated birthday.was my 1st time there. since dia dah banyak kali hint nak makan fatty crab ni, so all of us decided to have dinner sama-sama kat sana. dah kenyang makan, pastu si bday boy terlajak belanja plak kitorang makan durian yang belanja dia makan ketam. makan durian sorang sikit sebab masing2 terasa nak makan. yang penting semua enjoy semua happy.
alamak, batt laptop dah nak kong plak. till next post yall!. esok nak kena bangun pagi sebab nak pegi berlari. harap2 cuaca OK ;)
3 comments:
hai babe.. sure u can lah.. :p
hehehehehe.. ok la 2....
sepang lari x?
haffis. of course lari! hahaha
Post a Comment