Driven by Nuffnang

2011-03-02

Kacau Bilau

Posted by Fira Tirona at 10:16 AM
Rasa macam kacau-bilau sikit perasaan tu minggu ni. Banyak je benda yang rasa tak kena. Semalam pegi stadium sebab nak tukar angin, tukar environment untuk training. Pegi tempat baru, orang tak kepochi and bothered sangat with what with do. Paling kuat pun diorang akan bisik2 among themselves nak tau sape kita. Tak kisah la tu. Sampai stadium semalam pun around 5.40pm. Thanks la d1 sebab sudi bagi i ikut u pegi training kat stadium tu. Tapi bila sampai je, terus rasa macam tak nak lari tapi nak tengok orang berlari and observe orang training je. Hahah. Yelakan, kat stadium tu semua pun ala athlete. Sape la i ni kan compared to them. Anyway, lari la gak kat track tu dalam 5 round and at the same time buat sikit core and leg exercises. Pastu dapat la gak buat speed run kejap dalam 100m like that and akibatnya quadriceps muscle belah kanan ku (front of leg, above the knee) terasa sakitnya. Ha padan muka, sape la suruh buat aksi memecut tu?. Bila berjalan terasa the pull. Tak tau la kalau petang karang boleh buat ke tak tempo run masa training session nanti. Hmm, belasah je la kot.

Tu satu hal la, yang buat jiwa kacau bilau ni pun sebab hari2 mengadap thesis sampai rasa nak muntah. kekadang boleh mengadap tapi tak buat ape2 pun. Kekadang baca satu paragraph pun boleh sampai setengah hari gone. Focus tu dah hilang. Mungkin sebab dah terlalu lama buat Masters ni sampaikan nak pegi fakulti pun segan.Yelah ibarat hidup segan mati tak mahu. Tapi macam mana pun KENA habis kan gak. 

Pagi tadi je dah ada orang buat i panas hati dengan statement yang mamat ni lontarkan padaku kat YM . Dah la bagi comment kat FB aku yang aku rasa menguji kesabaran i gak la. Tolong la jangan poyos sangat boleh tak. I memang respect you sebagai orang yang lebih tua dari i but please la don't use age as a medium to say whatever you want. There are certain things are best left unspoken. Tak perlu berlagak macam you know it all. Baik diam2 je. Bak kata orang2 tua. "diam-diam ubi berisi". Kalau yer pun nak share knowledge ada cara dia. Tapi tolong la jangan BRAG. Sikit2 boleh la tapi kalau dah slalu2 tu jemu plak aku nak mendengar.

Kawan-kawan rapai I sekarang ramai dah kawin. Ramai yang bz prepare nak kawin and ada gak baru je nak masuk alam percintaan yang baru. Tetiba i rasa i lost them already. Tetiba semua macam senyap je and tetiba dari tiap2 malam ada kat YM tunggu masing2 nak online, sekarang kalau online pun appear INVI je. *yelakan, nak chatting ngan orang tersayang je kan, tak nk diganggu*. Dan tetiba i tersedar yang umur makin meningkat dan rakan2 rapat i yang lain yang kurang outgoing dari i ni dah bz untuk cari pasangan hidup. Aku ni nama je ada pasangan tapi still tak jadi ape2. Mungkin jodoh tak sampai lagi. Takpela, i'll just wait patiently. Sementara masih tak terikat lagi, baik la i do things that i love and enjoy and be around people who shares the same interests that i have and also spend more time with my family. Tu je la yang i rasa paling afdal buat masa sekarang ni.

Jap lagi ada lunch ngan bakal pengantin. Macam bachelorette party la tapi si baka pengantin ni nak lain sikit. Dia nak picnic lunch. Maklumla kan kat area UPM ni banyak tempat2 picnic yang best (tapi lupa plak nk bawak camera). So follow je la request dia. Janji semua happy.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Ramblings and Thoughts of An Urban Yuppie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare